Online Users HEY THERE STALKER! WELCOME TO MY BLOG PAGE. IF YOUR CREEPING ON MY PAGE HOPE YOU FIND WHAT YOUR LOOKING FOR. LOL !

22 August 2011

Semua lelaki macam ni ke?

MULA-MULA BUKAN MAIN MENGUSYA, MENGANYAT!! 
MEMANG SEMUA LELAKI MACAM NI KE EK? 
MULA-MULA JE SANGGUP BUAT APE JEK..
KONON SAYANG LA SANGAT! HUH!


LEPAS DAH DAPAT POMPUAN TU THEN JUMPA GIRL YANG LEBIH CANTIK TERUS TINGGALKAN GF DIA MACAM TU JE. DIA LUPA AGAKNYE MACAM MANA MULA-MULA DIA AYAT POMPUAN TU DULU.

*ya Allah..jauhkan la aku dri lelaki2 spesis macam ni..




p/s : tengok sampai habis.

05 August 2011

I NEED SOMEONE.



I need someone...
Seorang yang boleh terima aku seadanya.
Terima baik buruk aku.
Terima segala kekurangan aku.
Terima cara aku.
Seseorang....
Yang sanggup luangkan mase dia bersama aku.
Yang tak kan penah bosan layan karenah aku.
Sentiasa ambil berat pasal aku.
Sanggup buang EGO dia.
Paham keadaan aku.
Paham kehendak aku.
Tak akan jemu
Tak akan menyesal.
Tak akan merungut.
Tak akan pernah berputus asa!

Aku perlukan seseorang...
Yang tak akan buat aku menangis.
Tak akan buat aku kecewa.
Tak akan sakiti hati aku.
Tak akan mungkir dengan janji2 dia.
Tak akan curang.
Sentiasa jujur dengan aku.
Hormat parents aku.
Hormat keluarga aku.
Hormat kawan-kawan aku.
Hormat aku sebagai seorang perempuan.

Aku perlukan lelaki...
Yang boleh kuatkan semangat aku time aku tgh jatuh.
Sanggup dengar masalah aku.
Sanggup hadapi susah senang dgn aku.
Pandai memulihkan keadaan menjadi lebih baik.
Pandai menasihati aku.
Pandai mematangkan diri aku.
Pandai perbaiki sikap buruk aku 
Pandai dalam subjek sejarah dan sains 

Aku perlukan seorang lelaki...
Yang mencintai aku sepenuh hati dia.
Tak ade wanita lain di hati dia selain aku.
Tulus dan ikhlas mencintai aku.
Betul2 serious dengan aku.
Betul2 inginkan kebahagiaan yang abadi dengan aku.
dan...
Sentiase berniat inginkan aku menjadi suri hidup dia hingga akhir hayat :)



27 July 2011

Harap mengerti...

Kali ni aku nak ambil cara mudah. Aku dah malas dah nak hampakan hati sape2 lagi lepas ni. Memang silap aku sebab dah banyak bagi harapan kat diaorang. Niat aku cuma nak jage perasaan diaorang. Tak lebih dari tu pon. Kalau orang tu baik dengan aku, insyaAllah aku pon akan baik dan menghormati mereka. So aku tak berani nak buat mereka kecik hati ke,ape ke. Tapi disebabkan layanan yang baik tu, dalam diam diaorang simpan satu perasaan yang tidak sepatutnye ade dalam diri diaorang terhadap aku. Aku cuma suka berkawan. Aku sayang semua kawan2 aku. Tapi prasaan sayang tu cuma sebagai kawan biase. Tak lebih dari tu...
To be honest.aku tak suka kalau korang simpan prasaan yang sia-sia tu kat aku. Memang kite tak boleh nafikan perasaan SAYANG atau CINTA tu kat seseorang. Perasaan tu datang dengan tibe2 je kan..Oke. aku cube untuk memahami. Tapi aku cume harap lepas ni korang jangan la layan aku macam girlfriend korang yee. Aku tak mau terhutang budi dengan sape2 lagi. Layan aku macam mane korang layan kawan2 korang yang lain. Aku lebih selesa kalau korang layan aku macam kawan biase korang.So sekarang aku nak mintak maaf sangat2 if kebelakangan ni aku banyak berubah. Tak mungkin aku akan terima cinta kawan aku sendiri. Sedangkan cinta orang yang dulu penah aku sayang pon aku tolak, ape lagi kalau cinta orang yang aku cuma anggap sebagai kawan biase. Sekarang ni hati aku memang dah tertutup untuk sape2. Biarlah aku ubah dulu sikap aku yang tak matang ni sebelum aku terima cinta dari seseorang. Aku perlukan masa yang agak panjang. Lagi pun sekarang ni aku dah selesa hidup macam ni. Tanpa ade kongkongan sape2, tanpa kesalahfahaman, tanpa perkelahian, tanpa penipuan, tanpa keegoan,tanpa paksaan,tanpa air mata, and something like that. Lagi pon kite tak tahu siape jodoh kite kan..Jodoh kite tu pasti ada dan tak kan kemane-mane. Teringat pulak ade satu ayat dalam drama petang2 Stanza Cinta kat TV3 hari tu.

"Allah dah tulis jodoh kite sejak dulu lagi, saya percaya dengan jodoh Allah..Kalau Allah dah tetapkan sesuatu untuk kita, kalau isi alam cube menghalang macam mane pun, kite tetap akan dapat..Tapi..Kalau Allah dah tetapkan sesuatu tu bukan untuk kite, walaupun seluruh isi alam cube menghalang, kite tetap tak kan dapat"..

 Ehhh...lebih satu ayat kot..hahha!



24 May 2011

Kerna Ku Cinta Kau

BUNGA CITRA LESTARI (BCL)

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar...
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar...

Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar...
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar...

Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...
Kau...

Saat kau ingat aku, ku ingat kau
Saat kau rindu, aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tau ku cinta kau

Jika kau tak percaya padaku
Sakitnya aku...
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku...

Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...
Kau...

Saat kau ingat aku, ku ingat kau
Saat kau rindu, aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tau ku cinta kau

06 May 2011

Hargai Cintamu..




Bayangkan jika korang cintaka seseorang tapi orang tu tak cintakan korangpun. mesti menyakitkan bukan? Tapi...Korang mesti akan lebih kecewa jika korang mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang korang rasakan. Betol tak??

Percaye atau tidak, 


korang memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, 
sejam untuk menyukai seseorang, 
sehari untuk mencintai seseorang tetapi 
mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang korang cintai. 


Mungkin tuhan sengaja temukan kita dengan seseorang yang tak sepadan sebelum kita ditemukan dengan seseorang yang sehati sejiwa dengan kita. Then, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan tahu betapa berharganya anugerah itu.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita namun akhirnya kita terpaksa biarkan dia pergi. Bila pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.

Tapi sometimes kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup tu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok jika bersama dan tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong kita dari belakang.

Ada yang ingin sangat kita dengar tetapi tidak akan pernah kita dengar daripada seseorang yang kita suka. Tapi jangan sampai kita menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kita masih ingin mencuba. Jangan menyerah selagi kita masih ada harapan. Jangan pernah kita berkata kita tidak mencintai dia lagi walhal kita tidak sanggup biarkan dia pergi.

Cinta datang kepada meraka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk mengembalikan kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa...

Jangan melihat melalui wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah pada seseorang yang dapat membuat kita tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.

Berharaplah kita bertemu seseoang yang dapat membuat kita tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila kita sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah kita dapat memimpikan si dia, pergilah ke mana sahaja kita ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan kita kerana kita hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang diinginkan.

Semoga kita memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat kita kuat, cukup penderitaan untuk membuat kita menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kita berbahagia.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Tetapi mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan linangan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga kita melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.



20 April 2011

Sedang MALAS...


Yep sekarang aku SEDANG MALAS..
Semakin malas..
Malas sangat sangat sangat
Malas update blog 
Malas blogwalking.
Malas singgah blog2 kegemaran aku..
Malas kemaskini blog aku yang dah bersawang dan serabut serta serabai ni..
Pada hal tiap minet ngadap lappy.

Hari tu aku private blog ni..
Biar semua orang tak boleh tengok..
Kalau boleh aku nak block je terus account ni..
Tapi tak sampai hati plak..
Blog ni la mangsa tempat luahan prasaan aku..
Tu pon jarang-jarang update..
Hmmm..Malas ni mungkin buat masa sekarang ni je kot..
Hehe boleh ke macam tu?
Nanti kalau aku dah rajin,aku rajin la blogging balik..

Sorry to all my new follower sebab lambat follow back 
Don't worry, cepat atau lambat aku mesti follow korang balik..
Sabar je dulu yek..
Tak mau la marah..
Senyum..... 




28 March 2011

18 Tahun =)



Hari ni umur hakak dah masuk 18?  Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik umur dah masuk 18. 


Thanks kawan-kawan yang sudi wish Birthday aku hari ni :) Thanks yang sudi doakan aku dipanjangkan umur :) Aku pon akan doakan korang jugak..^^

Harapan Birthday girl :

1- Nak semakin matang
2- Semakin matang
3- Semakin matang

Sebelom ni kan pangai aku tak matang langsung..pemikiran pon langsung tak matang! perangai macam budak budak. Mengaku pon. So start hari ni aku berazam nak ubah perangai aku. Aku nak berfikir lebih dewasa. Cehh.. Hehe yela aku bukan lagi budak sekolah yang asyik mak bapak yang kene uruskan..Lepas ni mesti macam-macam dugaan nak kene hadap. Lagi-lagi nanti bile sambung study dah jauh dari mak bapak..huhhh. Sungguh banyak pengaruh ye anak anak. Pengaruh kawan-kawan, pengaruh sekeliling, mmg susah nak jaga diri. So memang perlu lah dari sekarang aku kena ubah perangai aku yang mudah terpengaruh ni. InsyaAllah :)

Kali ni aku tak nak la cakap panjang lebar kat sini sbb sekarang kepala aku dah mula denyut2. Migraine dah mai. Hmm nak call kawan2 tapi tak dapat call free! Tiap tahun macam ni. Sekali pon tak pernah aku dapat call free dari Maxis. Kesian. Asyik2 tukar nombor phone jek memang la tak dapat. Nombor skg ni belom cukup pon tiga bulan aku pakai so maxis tak nak la kasi bonus hari jadi. Tsk tsk tsk. Nombo lama aku pulak dah hilang. Sodeh

Terima kasih lagi skali kepada semua kawan-kawan yang dah buat aku tersengeh dan tersenyum lebar hari ni. SAYANG korang semua lah! Lebiu!! :*



Ohh ya tak lupa..di hari yang special ni, Follower aku dah genap 500 orang. Kih3. 500 je pon.


TQ follower yang sudi click button follow tu..Sorry la coz takde award untuk korang..Aku ni kan kedekut. =D (kalu aku kasi pon macam la korang nak amek)

Akhir skali, aku nak wish juga happy birthday kat artis Malaysia dua orang ni..

Fasha Sandha & Liyana Jasmay
Birthday diaorang pon 28 March juga cuma tahun je lain-lain.
Kebetulan diaorang ni pernah berlakon pegang watak nama "MURNI"
Hahahaha..Kalau tak caya,tengok la sendiri Filem diaorang..
Bujang Senang & Histeria ^^
Oke..Tu saje...Byee~~



26 March 2011

Air Mata


Ada dua titis air mata mengalir di sebuah
sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata satu lagi.. "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa pula kamu?".  Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja".

25 March 2011

Putus Cinta !


Alkisah pasal sepasang kekasih yang dahulunya berpacaran dan kini diorang dah clash. tsk.. tsk.. tsk..


Si Perempuan : Disebabkan kite dah takde ape-ape lagi. Saye nak pulangkan sumer bende yang awak pernah bagi kat saye dulu.

Si Lelaki          : Ermmm... ok!

Si Perempuan : Nah sumer teddy bear - teddy bear yang awak pernah bagi saye dulu!!

Si Lelaki          : Erkkk!! air liur basi pun ade lagi.. hape la..(muka berkerut sambil berkata dalam hati)

Si Perempuan : Hamek balek cincin murah awak ni !

Si Lelaki          : Senyum dan cakap dalam hati (boleh gadai balek. atleast boleh dapat balek duit)

Si Perempuan : Surat-surat awak ni pun amek balek! dah tak macam surat! jenuh saya nak baca tau!

Si Lelaki          : Standard la tulisan laki.. hahaha!! (senyum lagi sambil bermonolog dalaman lagi)

Si Perempuan : Itu je kan yang awak pernah bagi dulu?

Si Lelaki          : Tak cukup nih.. Ade lagi..

Si Perempuan
: Aikkk! Ape lagi?? (Sambil muke berkerut)

Si Lelaki          : Mane ciuman yang pernah saya bagi dulu??? saya nak jugak!

Si Perempuan
: LOL! 
  
                               

23 March 2011

LELAKI YANG HEBAT

Bila lelaki betul-betul jatuh cinta dan setia pada Kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn HEBAT ialah: 


1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dengan rela bukan kerane terpakse. *Tak akan ungkit sesuatu perkara 

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. *setiap malam call..nak tengok waiting ke tak.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya. *dia sendiri tahu seperti ape sifat lelaki..sanggup buat apa sahaja untuk menganyat seseorang wanita.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi orang yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. *Lelaki mudah kalah dengan pujukan wanita.

12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama. *sentiasa berfikiran negatif.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya. 

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain. 

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. *bukan hanya berdiam diri kerana ingin menunjukkan keegoan!

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100peratus mencintai kekasihnya. 

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmatahanya untuk seorang perempuan.
HARGAILAH MEREKA..


01 March 2011

MEREPEK !




Jika kita mencintai seseorang,
 kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, 

dua tangan untuk memegang, 
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
 Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? 
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
 Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu hidup bersamanya.

 Jangan sesekali menyerah jika kita masih merasa sanggup.
Jangan sesekali kita membuat keputusan bodoh hanya disebabkan keegoan kita sendiri.
 Jangan sesekali mengatakan kita tidak mencintainya lagi jika kita masih tidak dapat melupakannya.


Cinta itu akan kembali...
Kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
 Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. 
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun sebelumnya mereka telah disakiti  
...dan...
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 


kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang di saat kita sedang kehilangannya..
dan kadangkala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita di saat kita memerlukannya..


Kenangan aku,
aku pasti akan ingat seumur hidup..
Pejam mata,
aku akan teringat semua itu..
Kau jauh dari aku,
tak mampu untuk aku dekati,
tak berani nak cakap yang aku cinta kau,
tak berani nak cakap yang aku sedang tunggu kau..
aku terperanjat,
tak pernah terbayang dapat jumpa dengan kau lagi..
tak pernah terfikir pun yang aku masih cintakan kau..
aku nak beritahu pada kau yang aku nak mencintai kau selamanya..
Setelah sekian lama,
kau masih dalam hati aku..
Walaupun dah lama berlalu,
walaupun kau jauh dari aku,
kau masih dalam hatiku..
Aku nak kau ingat sampai bila-bila yang aku pernah mencintai kau......