Online Users HEY THERE STALKER! WELCOME TO MY BLOG PAGE. IF YOUR CREEPING ON MY PAGE HOPE YOU FIND WHAT YOUR LOOKING FOR. LOL !

15 November 2016

Korean Drama












Salam & Hello guys.

Hari ni tetibe rasa macam rajin lak nak review pasal korean drama.  Since bulan 3 ritu aku dah kembali rajin nak melayan K-Drama macam zaman muda dolu2 kat maduu.com tapi sekarang macam dah tak wujud je web tu. Kalau dulu aku suka watch online je tapi sekarang aku prefer download sebab nanti bila-bila masa boleh tengok lagi.

Setakat ni tak banyak sangat pon K-Drama yang aku dah tengok, ade la dalam 60 cerita. Dalam satu drama tu biasanya ada 16 or 20 episode. Sekang ni masa free aku memang banyak habis melayan kdrama jela siang malam. Duduk rumah daripada tengok drama melayu yang semakin mengarut tu lebih baik on PC layan korea.

Orang cakap drama melayu ni banyak fantasi tapi kalau kau tengok drama orang korea ni lagi lah penuh dengan fantasi. Mana-mana cerita pon sama je. Asian, bollywood, hollywood, semuanya berfantasi. Memang kebanyakkan cerita heronye handsome, kaya, sado, perfect tak ada yang pinjam ptptn. kah! Tapi yang bezanya kualiti cerita & pelakon-pelakonnya. Cerita korea ni kebanyakkannya memang sedih-sedih even cerita hantu, seram, bunuh2, komedi pun mesti nak buat orang menangis.

Website favorite tempat aku selalu download K-Drama biasa kat dramabuds & myasiantv.se. Kat situ korang search jela cerita korea ape korang nak mesti ada. Nasihat aku untuk korang kalau korang nak download movie ke apa better download kat Mozzila Firefox jangan kat Google Chrome. Sebabnya kalau kt Google Chrome misalnya tetibe line internet korang buat hal korang dah tak boleh nk continue download balik. Tapi kalau kat Mozilla still boleh continue even korang sengaja disconnect internet korang. Nak download subtittle lak korang boleh download dekat subscene.com.

Top 20 K-Drama favorite aku :

1) Signal 2) Healer 3) Descendent of The Sun 4) Doctor Stranger 5) I Hear Your Voice 6) Pinocchio 7) Shopping King Louis 8) Kill Me Heal Me 9) Sassy Go Go 10) Scarlet Heart Ryeo 11) W-Two World 12) Secret 13) Cheese in the Trap 14) The K2 15) The Master's Sun 16) Oh My Venus 17) Secret Garden 18) It's Ok That Love 19) My Love From The Stars 20) Reply 1997

Haa tu la antara drama-drama korea yang bagi aku best dan terbaik penah aku tengok. Banyak lagi actually. Cast favorite aku lak... Jeng jeng jeng

(Hero)
(Heroine)
Song Hye Kyo │ Hwang Jung Eum │ Suzy │ Nam Ji Hyun │ Jung Eun Ji │ Kang So Ra │ Park Min Young │ Park Shin Hye │ Gong Hyo Jin │ Lee Da Hae │ iu 

Tudiaa junuh hakak list satu-satu. Aku minat diorang ni bukan sebab cantik ke handsome semata-mata tp memang suka sangat lakonan diorang. Macam Lee Jong Suk tu kalau boleh semua drama yang dia penah berlakon aku nak tengok. hehe

Kalau korang pon jenis fanatik & hantu K-drama suggest la siket drama favorite korang. Next entry aku nak share link2 untuk download Drama & Movie Korea lak. InsyaAllah kalau rajin. Ok Bye :)








01 November 2016

Murni Kembali


Assalamualaikum and Hi :)

Fuuuu lame betul cik murni menghaibkan diri ek. 3 tahun tak usik blog ni. Password pon dah nyaris2 terlupa. Hehe. Cepat betul lahai masa berlalu. Zaman student pon dah 2 tahun tinggalkan. Banyak sangat kabor murni tak share kat sini. Agak2 ade lagi ke follower yang rajin jenguk2 blog aku ni? Tapi siapa yang ade follow murni kt instagram mesti tahu dah perkembangan murni sekarang. Ceh macam la rajin sangat orang nak amek tahu life aku. 

Ok meh hakak pendekkan 3 tahun punya cerita...


Graduated & Bekerja

Ok buat yang belum tahu, sekarang murni dah pun bekerja. Alaa keje kat company biasa je. Kuli2 jak. Dulu pernah praktikal kat situ. Habis study alhamdulillah dapat offer keje dengan company tu as Technical Officer. Architecture field juga. Office kat JB so hari-hari la ulang alik Kulai - JB - Kulai. Kat Kulai tak ada firm arkitek so terpakse la kerja jauh siket. Tapi bila dah biase pergi balik 60km tu tak terasa jauh sangat pun. huhu. Murni grade early November 2014 and convo on 28 March 2015. 
 Payung siket gambar konvo hakak :)

Engaged & Bride To Be
3 tahun menyepi tup tup dah bertanda. Lagi a few months insyaAllah naik pelamin la hakak. Tarikh dah decided. Nanti kad jemputan dah siap murni announce ok 😊. Sendiri pon mcm tak percaye dah nak jadi bini orang. Latest post baru je cakap pasal jodoh. Huahahaha.
Engagement Murni & Zazmie - 6th March 2016.
Tunang dengan sape? orang mana? Macam mana boleh kenal? Dah berape lama? Ok yg tu next time la murni cerita. Panjang sangat nanti jenuh pulak uolls nak baca.
New family
December 2014 murni dapat mak baru. Huhu. Sedia maklum ramai yang tahu mak kandung murni dh meninggal dunia on July 2013. Atas restu dan persetujuan semua anak-anak pakcik Iwan, beliau pun dapat la green light kawen lagi. Hahaha. Bukan dapat mak baru je, kakak ipar baru, anak sedara baru pon hado. Awal bulan 11 ni nak masuk 9 orang dah cucu bapak. Tahun ni masing2 pakat buat anak. Makin besar generasi cik iwan. Confirm meriah. 😙Tunggu turn aku nanti cukupkan 10. 😝
Alaa tetibe macam dh hilang ingatan pulak tak tau ape lg nk merapu. Ok setakat ni itu je kot. Tak ade ape yang menarik sangat pon life aku ni. Life dh bekerja ni jauh sangat bezanye dengan life time study. Dulu zaman belajar masa memang banyak habis dengan kawan2 tapi sekarang ni aku prefer buat hal sendiri je. Kalau boleh nk elakkan diri dari negative people. Rasenya encik fiance tu je la kawan baik & kawan gaduh aku yang paling setia. Tak ade ramai kawan pun tak ape janji dia ada time aku susah senang. Tq awak 😊 eh eh dh macam makin meleweh je minah ni. Ok2 dah tu je k. Jumpa lagi.😄
👋

 Mak baru hakak 

 Dua tiga hari lagi abg teh dah nak jd bapak orang 
Nieces cik murni yang secomel cik murninye 




26 September 2013

Soal HATI dan JODOH

Assalamualaikum semua...

Oke sebelum tu nak ucapkan terima kasih dulu sebab sudi datang buang mase kat sini. Tak tahu lah kenapa sekarang ni aku malas sangat nak update entry baru. Entry lame pon dh banyak sangat aku delete. Rasanye lebih 25 post dah masuk tong sampah. Haishh tak tahu lah ape masalah dengan post2 tu semua. Mungkin sebab ntah pape dan mengarut..hahaha

Orite baiklah actually tujuan aku create entry kali ni hanya untuk luahan hati semata-mata.. Bhahahaha lagi la ntah hape hape kan bunyiknye. Sebelum tu aku nak minta maaf bebanyak kepada yang mungkin akan terasa ada kene mengene pasal bende ni. Maaflah bebanyak ;)

Hmm nak mulekan dari mana erk..haishh bab penulisan ni aku memang weak betol lah. Oke sedia maklum ramai yg tahu kan sekarang ni aku dah tak ada sape-sape. Means balak ataupun someone special la. Sekarang ni aku lebih minat berkawan, berkawan dan hanya berkawan. Tak kesah la laki ke perempuan janji boleh buat kawan.

Bohonglah kalau aku cakap aku langsung tak nak ade boyfriend.. Rase tu memang lah ade tapi bukan buat masa sekarang la. Setakat ni belum ada lagi lelaki yang mampu curi hati aku ni sepenuhnya. Cehh poyo jek..hmm ntah lah. Yang ade pon maybe cuma sedikit .Sedikit hati ni kene curi tapi dah terpulang balik. Haa korang faham tak ape maknenye tu? Maksud aku kat situ perasaan suka or sayang tu dh pudar sepenuhnye.Jujur memang aku cepat tawar hati dengan lelaki. Cepat bosan. Cepat muak. That why  aku takut nak bercinta sebab perasaan aku cepat berubah-ubah. Aku tak pandai nak jaga hati lelaki. Ego tinggi cecah KLCC, banyak songeh, kuat merajuk.

Aku berkawan dengan ramai lelaki dan dalam masa berkawan tu aku nilai dulu orang tu macam mane. Boleh ke dia tahan ngan perangai aku.. Boleh ke dia setia dengan aku yang banyak kekurangan ni. Aku ni takde la memilih sangat bab cari jodoh ni tapi biarlah his is better than me. Aku nak yang betul2 boleh buat laki. Aku admit memang aku mengharap jodoh aku awal. Tiap kali lepas solat mesti doa semoga Allah temukan aku dengan jodoh aku secepat yang mungkin. Aku tak nak silap orang lagi. Jumpa orang yang tak sepatutnya then jalani hubungan yang sia-sia. Kan mengarut semua tu.

Memang la belum masenye lagi aku pikirkan soal jodoh ni sebab yela aku ni muda lagi kan. Baru 20tahun hidup belum banyak lagi makan garam. Masak pon terkial-kial lagi. Jauh lagi perjalanan aku tapi kalau memang dah ketentuan ilahi jodoh aku awal nak buat macam mane
kan..hehe Bersyukur je lah. Tapi rasenye tak pelik pon zaman sekarang ni perempuan kawen awal walaupun masih belajar. Kawan2 sebaya aku pon dah ramai yang berumahtangga, yg dah jadi mak orang pon ramai.


Hmm agak-agak sapelah jodoh aku nanti yee. Orangnye hensem ke tak ek? Haha actually tak kesah pon ade rupa ke tak tapi biarlah sedap mate aku ni memandang.Tapi lebih bonus bagi aku kalau dapat laki sweet & romantik macam ni  "clicksini" Haa kalau dah bace ciri2nye tu dan sape rase memiliki ciri-ciri tersebut dah boleh isi borang ..LOL *tetibe


Oke walau macam mane sekali pun sekarang ni cuma dia lah satu2nya kekasih hati aku yang abadi. Dia lah boyfriend, dialah ibu dan dialah ayah. Semoga umur dia panjang & dapat lihat aku bahagia hingga ke anak cucu..Amen InsyaAllah :)

09 July 2013

I MISS YOU...MOM :'(

2nd July 2013, 11.25AM...
Tarikh dan detik perginya seorang ibu yang paling aku sayang. Dia pergi menghadap ilahi & sampai bila2 aku dah tak kan jumpa dia lagi..Hari ni 1 Ramadhan genap seminggu arwah MAK pergi tinggalkan kami sekeluarga..Sampai sekarang rasa macam mimpi je tapi itu lah hakikatnya..

Walau macam mane skali pun, aku redha dengan pemergian arwah. Aku redha sbb aku tak sanggup tengok mak tanggung sakit tu lagi. Aku tak sanggup dengar mak mengadu cakap mak sakit.Tapi dalam mase yg sama aku langsung tak bersedia untuk kehilangan dia. Aku perlukan dia. Dia satu2nya pendoa aku yg paling berharga, dia semangat aku & Dia TIADA PENGGANTI...

Masih banyak hajat arwah yang belum kesampaian tapi Allah lebih sayangkan dia. Aku cuma mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa semoga roh arwah mak aman di sana dan sentiasa dicucuri rahmat. Aku yakin syurgalah tempat mak..

Mulai tahun ni kami sekeluarga sambut Ramadhan & Syawal tanpa mak. Sure segala benda akan rasa yang kurang. Even sehari je tak dengar suara mak kt umah tu dah rase rindu, ini pula sampai bila2. Betul-betul rasa kehilangan bile mak tak ada.

Actually banyak sangat perkara yang aku nak luahkan tapi sebaiknya biarlah aku simpan.. Aku tak mengharapkan simpati dari sape2 tapi aku cuma mengharap doa dari korang semua..Terima kasih kerana ikhlas doakan arwah. Sejujurnya aku mmg bukan seorang yang kuat untuk hadapi dugaan ni tapi InsyaAllah aku boleh..

Walau mcm mana skali pun aku bersyukur sebab masih ada ayah & masih ada kakak2 & abang2 yang sayangkan aku, yang boleh support aku untuk aku teruskan hidup..Terima kasih Ya Allah..



Walau cuma 20 tahun akak dapat bersama dengan mak akak tetap bersyukur..bersyukur kerana dapat merasai kasih sayang dari seorang Ibu yang sehebat mak...I miss you .. :'(




13 October 2012

MAAF

Assalamualaikum to all reader..Thanks kepada yang sudi luangkan masa menghadap blog berat saya ni. Actually saya memang dah lama gila tak buang masa untuk update blog ni..Dah bersawang dah pon. Alahaii.. Ada juga follower yang dok bertanya "Tak ada new story ke update kt blog?" New story tu memang lah ada tapi nk men-story tu yang malas. Hehe..

Oke kali ni saya tetiba rasa macam rajin pula nk update new entry. Itu pon ada sebab2 yang memaksa. Maksud saya mungkin dengan melalui blog ni masalah tu akan settle. Actually saya sendiri tak tau dari mane nak mulakan. Ngan keadaan yang sebenarnya tak mengizinkan, assignment, projek betimbun, terpaksa juga spend time untuk settlekan isu yang tak sudah2 ni. Kalau boleh lepas ni saya dah malas nak pikir pasal mende ni lagi. Hope semua yang ada kena mengena boleh faham dan tak ada lagi yang SALAH FAHAM.

Ramai yang dah tahu kan baru-baru ni saya ada krisis besar ngan senior-senior saya hanya pasal design t-shirt untuk Archiday nanti? HAHAHAH! memalukan betol la.. Sebenarnya saya cuma tak puas hati ngan sorang senior ni ja. Rasa macam nak je mention nama dia tapi tak payah la kot. Biarlah dia sendiri yang terasa. Saya tahu sekarang ni ramai senior2 DSB yang tak puas hati dengan saya pasal isu tu. So kat sini saya nak semua orang tahu cerita sebenar. 

Mungkin ramai senior2  ingat saya pon sama macam junior2 lain yang sibok nak bangkang pasal design & pilihan warna t-shirt yang senior sem 6 dh buat..KAN?? Betol tak senior2 saya yang comel dan kacak2 semua?Korang mesti tak puas hati ngan saya pasal mende ni kan?? Sumpah Dengan nama Allah saya siket pon tak kesah ngan apa yang diaorg dah tetapkan. Sebelum ni ada ke saya sibuk masuk campur pasal warna t-shirt tu? ADA TAK abang Pengerusi? tak ada kan? Haaa oke ini yang saya nak semua orang tahu ni, actually saya mula  masuk campur bile ada sorang senior ni tetiba nak cakap kasar-kasar dengan kawan saya. Padehal kawan saya tu dah tanya baik2 kot. Soalan dia just "Tak jadi ea pilih warna merah?" Haa lebih kurang gitu la soalan dia. Soalan tu korang rasa kurang ajar tak sampai senior tu bleh nak jawab tengking2? Kalau ye pon tak puas hati ngan junior lain, tak payah la dengan semua junior dia nk kurang ajar. Memanglah kita orang ni budak2 lagi tapi agak2 la kan.. Orang lain pon ade hati & prasaan. Start tu la saya mula banyak bunyik sampai naik comment yg lebih kurang mcm ni "lain kali kalau tak boleh warna lain tak payah la gatal2 pegi post contoh gambar baju warna merah." Haa betol la ape saya cakap. Sape suruh post sample gamba baju pilihan warna junior kt wall group kalau dah tahu warna tu dorang tak suke? Bila junior2 dah semakin berkenan dengan warna merah tu baru si senior2 ni ckp dh tak boleh pilih warna lain selain warna kelabu. Maybe ramai senior yang tak tau pasal gamba t-shirt warna merah tu sbb diaorg dah delete. Kepada senior yang gi post sample gambar tu, awak tahu tak disebabkan gambar baju kaler merah yg awak post tu la keadaan ni jadi makin rumit tau dak? Actually saya sendiri pon x berapa berkenan sangat ngan warna merah sebab ramai sangat org dah pakai. Yang excited nk sangat warna merah ni budak2 class saya la kot sampai ada mulut yang terlepas cakap "Warna kelabu hodoh" "Tak ada seni"..Jujur oke saya siket pon tak ada niat nak backup kawan2 saya yang dh cakap lepas ni. Kalau betol korang tak puas hati ngn junior2 macam ni, korang saiko je la diaorg. Tak perlu kot nk kecoh sampai satu poli tahu. Makin memburukkan keadaan je ade lah. 

Pastu satu lagi sebab yang senior2 tak puas hati ngan saya mesti pasal tweet ni kan??


Tweet ni telah di printscreen oleh sorang senior yang saya tak puas hati tu lah  then dia pi post kt wall group konon nak kasi semua senior lain tengok..  Errr.. Oke kalau korang nak tahu, saya update tweet ni pasal ade beberapa org senior yang saje bahan & gosip2 kan saya ngan sorang senior sem 6. Saya ngn mamat tu xde pape2 pon tp dorang bleh nk bahan2. So nk lepas geram punya pasal, saya tweet la kt twitter. Yang si senior yang gi kecoh pasal tweet ni plak bleh pikir saya tak puas hati pasal dia punya t-shirt! Padahal tweet ni saya update 11oct kot. Time saya krisis ngan diaorg tu berlaku 12oct..btol tak wahai senior2 ku sayang?? Yang mana senior2 yang tak tau cerita sebenar pon dah terasa & sentap ingt saya hampehkan diaorg. Padahal tweet ni langsung tak ada kene mengena dengan Archiday! So please jangan salah faham. Rasenya sekarang si senior yg dok kecoh pasal tweet saya ni kt semua senior lain mesti puas hati gila dah dpt buruk2kan nama saya.. KAN??? Betol tak Farhan Ahmad? Haishh tgk..dh termention jugak nama beliau. Pastu dah tahu dia dh salah faham & dah buruk2kn nama org , bkn reti nak mintak maaf ka hape. Ego sangat! 

Rasanya itu je kot yang saya nak semua org tahu. Lagi sekali, please senior2 yang lain tlg jangan salah faham. Kalau betol saya ada tersalah cakap, terkasar, saya mintak maaf banyak2. Saya tahu sampai sekarang ramai lagi senior yg sebut2 nama saya sebab tak puas hati..Betol tak? Korang dok kutok2, caci maki saya blakang2 pon tak guna dah kot kalau korang tak tahu cerita sebenar. Semua masalah boleh settle baik. Tak perlu dah nak bangkitkan lagi hal ni. Saya hormat orang kalau orang tu boleh hormat saya. Macam tu jugak dengan korang..Kan? Kalau rasa orang tu salah, tegur je dengan cara yang betol. Dengan cara kite menegur itu lah menggambarkan tahap mana kematangan diri kita. So korang rasa korang matang ke x?

Oke lah..Dikesempatan ni, saya mewakili junior2 lain termasuk junior yg dah terlepas cakap tu ingin mohon beribu-ribu maaf kepada semua senior especially senior2 semester 6. Mungkin betol kata korang, kami ni junior tak matang lagi. Archiday pon belom penah lalui tapi dah banyak sangat songeh, complain itu ini macam budak2.One day nnti kiteorang pon akan handle program ni & akan hadapi ngn macam2 hal.. So hope korang maafkanlah kami semua k. Setiap orang ada kekurangannya masing2. Tak ada yang sempurna dan tak ada yang dapat lari dari kesalahan.

Oke that all..Thanks lagi sekali kpd senior2 yang sudi baca bebelan saya ni sampai habis. Hope archiday nanti berjalan dengan sempurna dan tak kan ada lagi berlaku apa-apa krisis antara junior & senior. Kita belajar satu poli, satu jabatan, satu bangunan, saling memerlukan satu sama lain so tak ada gananya kalau nak bermusuh sama2 sendiri. Kan kan? K lah...lepas ni terpulang korang lah yee nk bengang ngan saya lagi ke, ape ke, yang penting saya dah mintak maaf kat semua dgn hati yang terbuka. Assalamualaikum =)


E.R.A.T